Satu Keratan Artikel Utusan Malaysia |
TEKS FORUM 2012
Pengerusi:
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum
w.b.t., salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Cetusan
barakah buat hadirin hadirat yang saya hormati sekalian. Bertemu kembali dalam
Arena Forum Remaja buat sekian kalinya bagi mendiskusikan satu tajuk yang kian
hangat diperkatakan.
Hadirin
sekalian, tidak molek rasanya jika saya tidak memperkenalkan tiga orang ahli
panel kita yang berdedikasi, bijaksana lagi berkarisma serta mempunyai lontaran
idea yang bernas dan bakal merungkai segala persoalan dan persepsi dalaman
mengenai tajuk yang bakal kita diskusikan bersama. Tanpa membuang masa, saya
akan memperkenalkan ahli-ahli panel kita.
Di
sebelah kanan saya, beliau kelihatan jelita dan tenang selalu. Itulah Syahirah
ahli panel pertama. Di sebelah kiri saya pula, beliau kelihatan manis dan
pemalu. Oleh sebab itulah beliau digelar Si Manis Pemalu. Itulah dia Siti Noor
Najihah ahli panel kedua kami. Dan yang berada di hujung sana, beliau kelihatan
kacak dan tenang menempuh segala pancaroba. Itulah Mohamad Syazwan ahli panel
ketiga.
Aiman
kata Aiman tak kisah. Mawi kata aduh Saliha. Kami membawa modul bicara yang
berbunyi, Kecelaruan dan Krisis Identiti Remaja Melemahkan Bangsa bikisan
wacara yang akal kita diskusikan bersama.
Menurut
laman sesawang Wikipedia, kecelaruan bermaksud kekusutan fikiran untuk membuat
keputusan dalam kehidupan. Fikiran akan bertambah kusut jika seseorang itu
berada dalam persekitaran yang tidak tenteram dan bising. Dalam diam-diam,
mereka yang dilanda kecelaruan akan mencari jalan pintas untuk mengatasinya
dengan mengambil minuman keras, berhibur dan mendengar muzik-muzik yang
berunsurkan keganasan. Kesannya, akan berlakunya krisis identiti terutamanya
dalam kalangan remaja. Segala persoalan akan kita rungkai dan kita kupas dalam
Arena Forum Remaja 2012.
Baiklah,
saya ingin mengajukan tunjang persoalan mengenai permasalahan ini daripada
aspek pegangan agama. Silakan wahai saudari.
Panel
Pertama :
Terima
kasih saudara pengerusi majlis. Assalamualaikum
dan salam sejahtera. Saudara, seperti
yang kita sedia maklum, setiap agama memandu penganutnya kearah kebaikan. Namun
begitu, agama dan fahaman merupakan dua perkara yang berbeza. Walaupun ajaran
agama secara jelas mengandungi nilai kemanusiaan yang tinggi selaras dengan fitrah
manusia akan tetapi, sesuatu fahaman boleh mengeksploitasikan nilai agama dan
memesongkan manusia. Fahaman modenisasi telah menyebabkan berlakunya krisis identiti
dalam kalangan manusia tanpa mengira apa-apa agama sekalipun. Oleh hal yang
demikian, wujudlah sekularisme dan dualisme yang mengasingkan ajaran agama
dengan cara serta gaya hidup manusia. Sebagai contoh, mana-mana agama di dunia
ini tidak pernah menghalalkan perkahwinan sesama jenis. Namun begitu, atas
fahaman modenisasi, sekularisme dan liberalisme, masyarakat dunia kini
memperjuangkan hak golongan yang mahukan kebebasan berkahwin sesama gender.
Professor Doktor Syed Naquib Al-Attas pada tahun 1998 lagi telah meramalkan krisis identiti menjadi masalah besar dalam kehidupan manusia. Kata beliau, ketidakfahaman manusia terhadap agama yang dianutinya menyebabkan manusia hilang identiti tanpa mengira peringkat umur. Tegasnya, remaja tercabut akar jati diri serta kabur hala tuju kehidupan sekali gus menjadikan imej mereka semakin suram.
Selain itu saudara, banyak pendapat yang dikemukakan oleh ahli
fikir dan ahli agama tentang keruntuhan akhlak yang disebabkan hilang identiti
agama. Secara global, para remaja yang diasah dengan nilai murni sekalipun akan
mudah terpengaruh dengan gaya hidup yang dibawa oleh fahaman hedonisme. Rentetan
itu, kita dapat saksikan remaja walaupun di negara China yang begitu kuat
dengan tradisi, hancur oleh globalisasi. Cara pemakaian mereka tiada bezanya
dengan pemuda di Las Vegas, London, Paris mahupun Tokyo. Jelaslah bahawa
kepincangan krisis identiti ini disebabkan oleh kelonggaran pegangan agama
dalam setiap masyarakat.
Pengerusi:
Ulasan
pendapat yang begitu bernas sekali saudari. Memang
benar seperti apa yang saudari katakan sebentar tadi, pegangan agama penting agar
remaja tidak terpesong ke arah kejahatan.
Rasullullah s.a.w. telah bersabda dalam khutbah terakhir baginda yang berbunyi, “ Aku telah meninggalkan dua perkara kepada kamu. Jika kamu berpegang kepada kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya.”
Dua perkara tersebut merupakan kitab
suci al-Quran dan sunnah baginda.
Saya
ingin bertanya kepada saudari Siti Noor Najihah pula. Bagaimanakah institusi
kekeluargaan turut menjadi penyebab remaja mengalami kecelaruan dan krisis
identiti. Silakan wahai saudari.
Panel Kedua :
Terima kasih saudara Pengerusi Majlis. Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.Memang tidak dapat dinafikan bahawa kelonggaran
pegangan agama merupakan faktor prima berlakunya kecelaruan dan krisis identiti
dalam kalangan remaja .Memang tidak dapat dinafikan bahawa kelonggaran
pegangan agama merupakan faktor prima berlakunya kecelaruan dan krisis identiti
dalam kalangan remaja .Sebelum saya membicarakan aspek ini , cuba kita
fikirkan sejenak tentang fenomena yang kian menular pada era serba moden ini.
Remaja digantung tidak bertali sehingga terpaksa membawa haluan sendiri ibarat layang-layang terputus talinya. Hal ini demikian kerana, institusi keluarga yang rapuh merupakan faktor utama remaja mengalami kecelaruan dan krisis identiti seterusnya terjerumus dalam kancah gejala kuning. Sebagai contoh, pergaulan bebas, mencuri, membuli golongan yang lemah serta aktiviti vandalisme yang sering dilakukan oleh golongan remaja sehingga masyarakat memandang mereka sebagai ayam tak patuk, itik tak sudu yang membawa maksud, remaja dipandang hina oleh masyarakat akibat tempias daripada kesibukan ibu bapa yang mengejar kerjaya masing-masing.
Anak yang menuntut pengisian, belaian kasih
sayang , perhatian dan bimbingan tidak merasakan limpahan rasa keibuan dan
kebapaan. Situasi seperti ini wujud kerana , ibu bapa kini rakus mengejar harta
duniawi sehingga menyebabkan ramai anak mengalami kecelaruan dan krisis identiti
semenjak awal umur lagi. Hal ini disebabkan, anak-anak tidak dapat berfikir
secara matang dan rasional tentang perkara yang ingin dilakukan kerana tiada
bimbingan serta dorongan daripada ibu bapa. Sesungguhnya, kerapuhan institusi
kekeluargaan turut menyumbang kepada kecelaruan dan krisis identiti remaja.
Sekian sahaja daripada saya. Saya serahkan kembali kepada saudara pengerusi.
Pengerusi:
Wah, begitu bersemangat sekali saudari
melontarkan pandangan saudari sebentar tadi. Kesimpulannya, ibu bapa yang tidak
mempunyai ilmu dan keterampilan keibubapaan perlulah berusaha untuk mencarinya.
Hal ini demikian kerana, jika mereka tidak berbuat demikian, akan wujudnya
lompang dalam hati dan minda anak-anak. Seterusnya, anak-anak akan membentuk
minda, hati dan tinggkah-laku berasaskan persekitaran yang ada. Justeru, akan
berlakunya kecelaruan dan krisis identiti terutamanya dalam kalangan remaja.
Seterusnya,
apakah pendapat saudara tentang kecelaruan dan krisis identiti remaja ini.
Adakah perkara ini juga berpunca daripada individu itu sendiri.
Panel Ketiga :
Terima kasih saudara pengerusi yang molek pekertinya membawa rasional persoalan. Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang dihormati, barisan tetamu kehormat, kombinasi intelektual kehakiman, rakan-rakan panel yang lain seterusnya para hadirin yang dihormati sekalian. Selepas saya mendengar persoalan yang saudara ajukan, saya teringat akan sabda Rasullullah s.a.w. yang berbunyi,
Pada pendapat saya, remaja merupakan tonggak utama dalam pembentukan sebuah negara maju. Dengan ini, remaja wajar memahami akan tanggungjawab yang perlu dipikul agar dapat melaksanakan dengan lancar tanpa sebarang kekangan. Sebaliknya, dalam keadaan remaja yang mengalami kecelaruan dan krisis identiti, sudah pasti sukar untuk mereka memikulnya. Hal ini demikian kerana, remaja ibarat ayam baru belajar berkokok kerana masih belum dapat membezakan yang mana satu intan, yang mana satu kaca dalam kehidupan seharian mereka. Keadaan sedemikian dapat dilihat melalui remaja yang telah dicabar egonya untuk melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Tamsilnya, ramai remaja yang mati katak akibat daripada merempit di atas jalan raya. Selain itu, remaja yang mengalami kecelaruan dan krisis identiti telah hanyut dalam kancah negatif kerana buntu untuk menentukan sesuatu keputusan malahan mereka tidak berinovasi, tidak mempunyai daya saing serta hanya berfikir cenderung ke arah hiburan semata-mata. Remaja ini ibarat kata, di dalam malam yang kelam, dipukul ombak derita, kapal pecah sepuluh dan mereka lemas menggapai-gapai dan kerana malam itu hatta tangan sendiri pun tidak terlihat. Tegasnya, cara pemikiran ini adalah antara faktor yang menyebabkan masa depan remaja menjadi kelam seterusnya menyebabkan masalah kecelaruan dan krisis identiti berlaku. Sekian sahaja saudara pengerusi.
Pengerusi:
Terima kasih saudara. Saya sangat bersetuju dengan pandangan saudara sebentar tadi. Selain menjadi tonggak yang prima dalam pembentukan sesebuah negara, remaja juga turut diibaratkan sebagai tulang belakang pembangunan negara. Hal ini demikian kerana, remajalah yang akan meneruskan kejayaan negara yang telah berjaya kita kecapi.
Hadirin sekalian, tiga persoalan telah Berjaya dirungkai oleh ahli-ahli panel kita. Masih berbaki dua persoalan untuk dibincangkan. Saya tujukan persoalan ini kepada semua ahli panel. Benarkah pengaruh rakan sebaya turut mempengaruhi remaja sehingga mereka dibelenggu kecelaruan dan krisis identiti.

“Jagalah dirimu baik-baik dan usahakanlah kemudiannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kerana kesempurnaan budi dan adab.”
Pada pendapat saya, remaja merupakan tonggak utama dalam pembentukan sebuah negara maju. Dengan ini, remaja wajar memahami akan tanggungjawab yang perlu dipikul agar dapat melaksanakan dengan lancar tanpa sebarang kekangan. Sebaliknya, dalam keadaan remaja yang mengalami kecelaruan dan krisis identiti, sudah pasti sukar untuk mereka memikulnya. Hal ini demikian kerana, remaja ibarat ayam baru belajar berkokok kerana masih belum dapat membezakan yang mana satu intan, yang mana satu kaca dalam kehidupan seharian mereka. Keadaan sedemikian dapat dilihat melalui remaja yang telah dicabar egonya untuk melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Tamsilnya, ramai remaja yang mati katak akibat daripada merempit di atas jalan raya. Selain itu, remaja yang mengalami kecelaruan dan krisis identiti telah hanyut dalam kancah negatif kerana buntu untuk menentukan sesuatu keputusan malahan mereka tidak berinovasi, tidak mempunyai daya saing serta hanya berfikir cenderung ke arah hiburan semata-mata. Remaja ini ibarat kata, di dalam malam yang kelam, dipukul ombak derita, kapal pecah sepuluh dan mereka lemas menggapai-gapai dan kerana malam itu hatta tangan sendiri pun tidak terlihat. Tegasnya, cara pemikiran ini adalah antara faktor yang menyebabkan masa depan remaja menjadi kelam seterusnya menyebabkan masalah kecelaruan dan krisis identiti berlaku. Sekian sahaja saudara pengerusi.
Antara Aksi Ganas Mat Rempit |
Pengerusi:
Terima kasih saudara. Saya sangat bersetuju dengan pandangan saudara sebentar tadi. Selain menjadi tonggak yang prima dalam pembentukan sesebuah negara, remaja juga turut diibaratkan sebagai tulang belakang pembangunan negara. Hal ini demikian kerana, remajalah yang akan meneruskan kejayaan negara yang telah berjaya kita kecapi.
Hadirin sekalian, tiga persoalan telah Berjaya dirungkai oleh ahli-ahli panel kita. Masih berbaki dua persoalan untuk dibincangkan. Saya tujukan persoalan ini kepada semua ahli panel. Benarkah pengaruh rakan sebaya turut mempengaruhi remaja sehingga mereka dibelenggu kecelaruan dan krisis identiti.
Panel Kedua :
Terima kasih saudara pengerusi. Dari tinta kaca yang sama , remaja kini pantang dicabar oleh rakan sebaya walaupun perkara tersebut salah di sisi undang-undang dan membahayakan diri mereka. Sebagai contoh yang paling ketara, kebanyakan remaja gemar menghisap rokok serta terlibat dalam aktiviti ponteng sekolah. Maka sudah pasti individu ini akan mengalami keciciran dalam pemelajaran akibat daripada aktiviti yang dilakukan . Hal ini sekali gus menyebabkan kita kehilangan modal insan kelas pertama yang akan menerajui kecemerlangan negara Malaysia di persada global.Sekian sahaja ulasan daripada saya. Terima kasih saudara pengerusi.
Panel Pertama :
Memang benar kata-kata saudari Najihah sebentar tadi. Selepas saya meniti pandangan saudari kita sebentar tadi, saya teringat akan sebuah artikel yang saya baru baca iaitu akhbar Berita Harian yang bertarikh 18 April 2012 bersamaan dengan hari Rabu yang mengisahkan seorang ibu yang merupakan seorang tukang masak merayu agar anaknya pulang setelah seminggu menghilangkan diri. Anak perempuannya yang bernama Fatemah Atikah binti Mohd Nizam berusia 15 tahun pergi meninggalkan rumah pada awal pagi tanpa memakai pakaian seragam sekolah meninggalkan sekeping nota yang disertakan dengan harapan bahawa dia akan pulang apabila tiba masanya. Situasi seperti ini dapat dilihat melalui keadaan Fatemah yang mangalami kecelaruan dan krisis identiti. Perkara ini jelas membuktikan bahawa rakan sebaya member kesan yang amat besar dalam diri remaja.

Terima kasih wahai saudari
berdua. Apa yang dapat saya simpulkan adalah pengaruh rakan sebaya dapat memberi
impak yang besar kepada remaja. Jika remaja bijak memilih rakan sebaya, ia akan
mendorong mereka ke arah kebaikan begitu juga sebaliknya.
Saya lihat saudara Mohamad Syazwan sudah tidak sabar
untuk berkongsi sesuatu bersama kami. Apakah perkara yang ingin saudara
kongsikan bersama?
Panel Ketiga :
Terima kasih saudara pengerusi. Hadirin
sekalian,menurut Eric Ericsson yang merupakan pakar psikologi yang mencipta
teori tentang kecelaruan dan krisis identiti lazimnya dilalui individu pada
zaman remaja. Beliau telah membahaskan beberapa aspek berdasarkan masalah
kecelaruan dan krisis identiti antaranya konflik peranan seseorang terhadap
penerimaan masyarakat tentang dirinya. Remaja yang umum kita ketahui
berperwartakan rapuh serta mudah terikut-ikut. Justeru, media massa merupakan
pengaruh yang kuat terhadap permasalahan ini dalam kalangan remaja. Remaja mahu
menonjolkan dirinya hebat serta mahu diterima oleh pihak lain sama ada rakan
sebaya, keluarga mahupun masyarakat. Media yang sering memaparkan gaya hidup
hedonism meruntun jiwa remaja yang inginkan kebebasan supaya meniru idola dunia
hiburan seperti penyanyi, watak dalam filem dan kumpulan-kumpulan rock. Dengan
itu, kita dapat lihat remaja kita berpakaian seperti kumpulan heavy metal, kumpulan emo, trash, rap dan hiphop yang semuanya dipelopori budaya negatif malahan belakangan ini gaya k-pop pula menjadi ikutan remaja kita
semuanya ini ternyata akibat pengaruh media massa.
Pengerusi:
Pandangan yang begitu padat sekali saudara. Tuntasnya, media massa adalah antara penyumbang utama berlakunya gejala sosial, mendatangkan keburukan dan membawa negatif kepada remaja pada hari ini. Jika perkara ini masih berterusan dan tiada langkah yang drastik untuk menanganinya, sudah tentu pada masa akan datang gejala-gejala buruk menjadi budaya golongan muda. Sebagai hasilnya, lahirlah generasi yang umpama robot dan hanya diperalatkan untuk kepentingan individu tertentu.
Nampaknya masa tidak mencemburui kita kerana kita sempat membincangkan kesemua lima persoalan yang sering menjadi pertikaian pada hari ini.
Hadirin sekalian, Arena Forum Remaja tamat di sini. Bukan untuk selamanya tetapi hanya buat seketika. Segala perhatiam yang telah hadirin curahkan kepada kami amatlah kami hargai. Saya sudahi dengan lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum w.b.t.
Satu Contoh Trend K-POP yang Menjadi Hit Dalam Kalangan Remaja ; PSY ''Oppa Gangnam Style'' |
Pandangan yang begitu padat sekali saudara. Tuntasnya, media massa adalah antara penyumbang utama berlakunya gejala sosial, mendatangkan keburukan dan membawa negatif kepada remaja pada hari ini. Jika perkara ini masih berterusan dan tiada langkah yang drastik untuk menanganinya, sudah tentu pada masa akan datang gejala-gejala buruk menjadi budaya golongan muda. Sebagai hasilnya, lahirlah generasi yang umpama robot dan hanya diperalatkan untuk kepentingan individu tertentu.
Nampaknya masa tidak mencemburui kita kerana kita sempat membincangkan kesemua lima persoalan yang sering menjadi pertikaian pada hari ini.
Hadirin sekalian, Arena Forum Remaja tamat di sini. Bukan untuk selamanya tetapi hanya buat seketika. Segala perhatiam yang telah hadirin curahkan kepada kami amatlah kami hargai. Saya sudahi dengan lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum w.b.t.
rE
Tugasan:
Bincangkan Isu Remaja dalam Mempertahankan Legasi Kemerdekaan Negara.